Search This Blog

Tuesday, 29 November 2011

Ditulis oleh:Firdaus Faizal ( PENDAMPING)


“Jangan kacau aku !”.
        Hasif tertunduk diherdik abangnya,Hakim sedemikian rupa,Suara Hakim menggelegar seakan mahu meruntuhkan rumah.Itu belum dilihat muka bengis Hakim yang merah padam.Tidak terlihat langsung ciri-ciri abang penyayang .”Pergi kau!Jangan nak menyibuk kat sini !”Hakim sudah mengangkat tangan,sudah bersedia untuk melempang.
        Hasif cepat-cepat mengelak,terus berpaling dengan rasa kecewa. Dia hairan mengapa abangnya itu naik darah tidak tentu fasal?Padahal dia cuma memberitahu yang emak dan ayah mengajaknya makan tengahari bersama.Hasif cepat-cepat turun mendapatkan emak dan ayahnya.”Hah?Mana abang kau,Hasif?”tanya Puan Nurin.
      “Abang marah…”Hasif menjawab dengan suara lemah dan dengan lemah juga melabuhkan punggung di kerusi.”Hmm…datang baliklah angin dia tu!”getus Tuan Aris .Dia menghela nafas panjang,penuh rasa kesal.
        Kenapa dengan abang tu,ayah?Hasif tengok dia tu tak macam abang  Hasif pun?Asyik nak marah je kerjanya.Jangankan gurau senda,bercakap dengan Hasif pun tak nak.Asyik termenung,berkurung,diam…itulah dia…”Hasif melepaskan rasa tidak puas hatinya.
       Tuan Aris dan Puan Nurin  berpandangan sesama sendiri .Susah untuk mereka terangkan.Ketika kecil,Hakim tidak begitu.Ketika kecil,Hakim adalah kanak-kanak periang sehinggalah peristiwa Hakim hilang ketika berusia 10 tahun,Dikatakan disorok oleh makhluk halus.Hakim ditemui kembali dua hari kemudian,di taman permainan.Sejak itu Hakim berubah menjadi seorang yang pendiam.Sering menangis di tengah malam,cepat marah dan mudah jatuh sakit.Puas dibawa berubat,Hakim tetap begitu.Dan bukan seorang tukang ubat mengatakan bahawa Hakim didampingi makhluk halus.
        Apabila semakin meningkat dewasa,sikap Hakim semakin pelik.Apabila malam,Hakim langsung tidak boleh tidur.Kalau tidak, dia menangis sambil duduk berteleku di sudut dinding,Dia akan mundar-mandir di segenap ruang rumah.Hakim hanya akan tidur selepas azan subuh.Hal itu membuatkan Hakim tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran selain sering diserang sakit kepala.                                                                                             “Payah…’benda’ yang mendampingi dia tu tak mau lepaskan dia.Pendek kata’benda’tu berjaya buat anak kau ni,ikut cakap ‘dia’.Kalau kau tak bawa dia berubat dengan orang yang betul-betul pandai,silap haribulan anak kau ni mati merana sebab system badan dah ikut cara’benda’ tu!Manusia ni perlu rehat,bukan macam ‘benda’tu yang boleh berjaga 24 jam!”
        Itu antara kata-kata tukang ubat yang pernah merawat Hakim.Semuanya mengalah tidak dapat membantu kerana jin yang dikatakan mendampingi Hakim benar-benar tidak mahu melepaskan Hakim lagi.
        Hakim sendiri mengetahui ada sesuatu mendampinginya.Setiap malam dia mendengar suara berbisik-bisik di telinga membuatkan dia tidak boleh tidur.Baru sahaja mahu tidur, dia akan dikejutkan.Kadang-kadang tubuhnya akan digoncang kuat.Kadang-kadang terasa ada sesuatu menggigit jari kakinya.Hakim juga tidak berselera untuk makan melainkan hidangan pulut kuning dan telur rebus.
      “Hakim ,cuba lawan sikit?Jangan diikutkan sangat’benda’ tu?”Tuan Aris cuba menasihati.Hakim tidak semena-mena menangis mendengarnya.”Bukan Hakim tidak mahu lawan.Hakim dah cuba…tapi lagi kuat Hakim lawan ,lagi kuat ‘benda’ tu kacau Hakim.Hakim dah tak tahan…”jawab Hakim teresak-esak.
       Memang pelik jika dilihat seorang budak lelaki berusia 17 tahun menangis seperti budak kecil.Sudahnya Tuan Aris terpaksa memujuk anaknya itu.Suatu malam.Hakim cuba untuk tidur dengan tenang.Matanya terkelip-kelip memandang siling,menanti adakah’benda’ itu akan datang menganggunya.Sepi.Tiada tanda-tanda ‘benda’ itu hadir.Maka Hakim pun memejamkan mata.
         Tiba-tiba….
“Hakim…cuba kau pandang kiri sekarang!”
       Spontan,Hakim membuka mata dan memandang ke sebelah kirinya.Ketika itu juga.Hakim merasakan jantungnya hampir berhenti berdegup.Di sebelahnya,terbaring satu mayat berwajah hodoh sedang menyeringai ke arahnya.Semangat Hakim terbang entah ke mana.Mulutnya terketar-ketar cuba memanggil emak dan ayahnya.Dalam keadaan menggigil,Hakim cuba bangun.
      “Keluar…lepas tu kau terjun dari beranda tu.Seronok tau!”Suara itu menghasut .Hakim terpaku.Kemudian dia berjalan ke arah pintu seperti orang dipukau.Hakim sudah berdiri di tepi balkoni.”sekarang kau terjun!Jangan takut…aku ada temankan kau!Hihihi…”
       Suara itu terus berbisik menghasut Hakim.Hakim masih antara sedar dengan tidak .”Aku tak nak terjun!Mati aku nanti!”Tak….Kau takkan mati …aku ada…jangan takut…terjunlah…hihihi…”
      Hakim sudah mengangkat sebelah kaki ketika Tuan Aris  tiba-tiba menerjah masuk bersama Hasif.Melihatkan Hakim yang mahu memanjat balkoni,laungan ‘Allahuakhbar’.Dia sempat memaut tubuh Hakim dan akhirnya tergolek di atas lantai bersamanya anaknya.
     “Lepaskan aku!Aku nak terjun ni”Hakim meraung .Tetapi Tuan Aris dan Hasif memeluknya  kemas-kemas.Oleh kerana gagal melepaskan diri,Hakim menangis meraung seperti orang dalam kesakitan.Tuan Aris ikut sama mengalirkan air mata melihat keadaan anaknya yang kerasukan itu.Puan Nurin yang baru masuk ke bilik ,terkejut melihat Tuan Aris dan Hasif berhempas-pulas menenangkan Hakim yang meraung dan meronta tidak tentu hala.
     Mereka hampir putus asa melihat keadaan Hakim yang semakin menderita.Sejak kejadian itu,Hakim tidak dapat tidur.Sentiasa terbayangkan wajah menakutkan yang terbaring di sebelahnya.Malah bisikan –bisikan halus menggodanya supaya mencederakan diri sendiri.Pantang lepa,Hakim akan bertindak menyakiti diri sendiri kerana sudah tidak tahan mendengar bisikan berbaur hasutan yang sentiasa berkumandang dalam kepalanya.Terpaksalah Tuan Aris dan Puan Nurin bersengkang mata mengawasi keadaan Hakim.
        Mengetahui keadaan Hakim,seorang jiran membawa seorang Ustaz  menemui Tuan Aris.Pada Ustaz Rizal,Tuan Aris menceritakan segalanya.Mendengarkan kisah Hakim dari mulut Tuan Aris sendiri,membuatkan Ustaz Rizal termenung seketika.
       “Susah nak buang sebab’benda’tu dah jadi macam ‘kembar’Hakim.Kalau dibuat macam tu saja,bimbang akan memudaratkan Hakim.Cuma ada satu cara sahaja untuk memisahkan Hakim dengan pendamping itu.”Bagaimana caranya,Ustaz?” “Bawa Hakim ke Mekah, mengerjakan umrah….”
         Terdiam seketika Tuan Aris dan Puan Nurin mendengarnya.Sementara Ustaz Rizal tersenyum lalu menerangkan dengan lembut.”Jika Hakim dibawa ke Mekah,secara tidak langsung,pendamping itu akan terpisah daripadanya kerana jangan kata jin,syaitan dan dajjal pun tidak boleh masuk ke Tanah Haram itu.Maka dengan cara itu,akan memudahkan ia dimusnahkan sementara Hakim berada di Mekah…”
        Barulah Tuan Aris dan Puan Nurin memahami maksud Ustaz Rizal.Mereka pun tidak mahu berkira dan bertangguh lagi.Mereka sekeluarga segera menunaikan umrah.
        Kejadian aneh berlaku ketika berada di lapangan terbang.Hakim tiba-tiba berkeras tidak mahu pergi.Dia bertindak memeluk tiang dan mengeraskan diri apabila cuba ditarik Tuan Aris.Ustaz Rizal memang sudah mengagak kejadian itu pasti berlaku kerana jin yang mendampingi Hakim,tidak mahu melepaskan Hakim pergi.Selepas dibacakan doa barulah Hakim berlembut dan berjaya dibawa menaiki pesawat.
            Benar seperti Kata Ustaz Rizal.Hari pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci,Hakim berubah sikap.Dia menjadi begitu ceria,malah elok bergurau senda dengan Hasif,Makannya juga berselera dan dia boleh menunaikan sembahyang dengan mudah.Tuan Aris dan Puan Nurin seolah-olah menemukan kembali anak mereka yang hilang selama ini.
       Sementara mereka sekeluarga berada di Mekah,Ustaz Rizal menguruskan pendamping yang selama ini mengganggu kehidupan Hakim.Oleh kerana tiada lagi induk(tubuh Hakim)untuk dijadikan tempat berlindung, jin pendamping itu dengan mudah ditewaskan oleh Ustaz Rizal.Jin pendamping itu dibuang ke dalam hutan di hulu Negeri Perak.Apabila Hakim dan keluarganya Pulang ke tanah air,dirinya benar-benar bebas daripada gangguan pendamping itu.




Tukar arahlah buat cerita plak

Aduhai,pening kepale memikirkan puisi yang akan keluar.sementara ade idea untuk buat cerita,buat dulu dalammase yang same buat puisi gak.Emmmm...........Mule2 nak post cerita yang buat aku menang tempat kedua penulisan semarak,lepas tu plak cerita on the spot.ihope you guys after read follow la.at lis support.so enjoy after read,but you guys can enjoy before you read.Haaaaa

Monday, 28 November 2011

Bersandar di bahumu

Ketangisan ku,kekecewaan ku
semua itu daripadamu
kenapakah engkau tahu bahawasanya
aku seseorang insan yang lemah

kau pergi meninggalkan diriku
tanpa sebarang utusan terakhir

Mengapa,mengapa engkau pergi!
kejamnya dirimu meninggalkan aku
saat ku ingin 
bersandar di bahumu

Baliklah kekasih
ku mohon dikau pulang
kerna ku perlukan dikau
untuk bersandar di bahumu

untuk selama-lamanya..............

Friday, 25 November 2011

Ayat-Ayat cinta

Setiapayat-ayat cinta keluar dari bibirmu
hatiku ini seperti mentega diatas kuali
luahan isi hatimu
membuatkan aku rebah kebahumu

baruku tahu ikhalasnya cintamu


Pabila aku mendengar ayat-ayat cintamu
kurasakan seakan kubisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalakan cintaku 
ketika ku bersujud


Janji padaku kekasih....
Jangan engkau tinggalkan aku
walaupun bah melanda
ku mohon lindungi dan bersamaku


ku sampai salam rinduku padaku
ku mohon utuslah puisi
buat buah hatimu
nun jauh dimata
Janji

Wednesday, 23 November 2011

Legenya

Akhirnya dah satu,dua,tiga kiralah sendiri puisi yang i already making.The next puisi Coming soon.But the title i dont know what i have put.Emmm,Can you help me to create the title?.

Monday, 21 November 2011

Pejuang

Darahmu membasahi tanah 
Daging mu berkecai
Kakimu Hancur Dibedil musuh

Bagimu kesakitan itu tiada apa-apa
ia bagaikan lumrah dalam hidup
semata-mata
untuk menyelamatkan negara
daripada dijajah

Tidak kira
siang malam engkau berjaga
semata-mata
menjaga keamanan negara

Senjata dijunjung
membawa seribu janji
untuk berjuang
sampai mati

Sunday, 20 November 2011

Amira(Budak Tuisyen) jangan jelous hanya rekaan...

Amira
matamu sungguh mempersona memikat hatiku
dengan mudahnya

Budimu dan rupamu
bagaikan bidadari yang hadir menemani hidupku
bagaikan bidadari turun dari kayangan

Walaupun ku ingin berkata bahawasanya
aku sangat mencintaimu
tetapi lidah kelu bila berhadapan denganmu

Tudung putih susu disarung oleh mu
menampakan lagi keayuaan mu
hanya dimataku......

Walaupun aku tidak boleh berkata
bahawasanya aku ingin mendampingimu
aku hanya mampu menangkap gambarmu untuk diletakkan didalam
telefon bimbit ku

Aku hanya mencintaimu
Amira.....

Saturday, 19 November 2011

Bersandar Pada Senja

Sewaktu bersandar pada senja,kutebarkan jala duka
ke lautan matamu.

Di sana,kesepianku membesar dan membakar dalam marak api maha tinggi.

Kukirim isyarat merah ke arah matamu yang hampa
yang menampar lembut seperti laut di pantai rumah api.

Kau jaga kegelapan,perempuanku yang jauh
pantai ketakutan kadang-kadang muncul dari renungmu.

Sewaktu bersandar pada senja,kucampakkan jala dukaku
ke laut yang mengocak lautan matamu

Burung-burung malam mematuk pada bintang-bintang pertama
yang mengerdip seperti kalbuku ketika mencintaimu

Malam menunggu kuda bayangan
sambil meyelerakkan tangkai-yangkai gandum biru dipadang-padang

Tuesday, 15 November 2011

JANJI.....

Dulu aku percaya
segala tutur bicaramu
dulu aku percaya 
seluruh janjimu

Dulu engkau barjanji
untuk sehidup semati
ku menunggu setiap hari
terkilan rasa di hati

Engkau berjanji
agar aku boleh memilikmu
tetapi malangnya
kau berubah hati

Selama 4 tahun
aku ingin mendengar jawapan
dari ungkapan
bibirmu

Pergi

PERGI........


kenangan manis
bertukar pahit
pengalaman suka
dibanjiri duka

Air mata berlingan
tidak menahan sebak
menatap pemergianmu

Kenapa! Kenapa dikau pergi!
Meninggalkan aku seorang diri
bertemankan lara
di dalam hati

Setiap minggu
aku ke pusaramu
menatap pemergianmu

kini aku tiada siapa lagi
jantung ini ku inginkan
ia berhenti berdegup
untuk mengikut mu pergi

Kekasih

To:Nor Aishah 
Kekasihku

Bermula hanya matanya
yang mempersona
lemah lembutnya
memikat hati

Taktala berhadapan denganya
lidah kelu tidak terkata
hati meraung ingin bertutur
ingin rasa untuk meluah perasaan

Apakah daya
si dia pergi meninggalkan
tidak sanggup menahan perasaan
harus berserah dan lupakan


Di mata menahan
Di dalam hati berduka 
Di mata mengeluarkan tangisan
Di hati terluka

Making Puisi

Akhirnya aku pandai gak buat puisi .so you guys can seeand read what i write